MessageOneGod | Manasseh@1WORLDCommunity
End Of the HISTORY Not End Of the WORLD
מנשה מדין מנשה מנשה
Nizah
- AsSALAM UMATi serta Al Fatihah kepada Daiee'Allah 'Salahuddin al 'Ayyubi. Ṣalāḥ Al 'Dīn Al 'Ayyubīy, bahasa Kurdi: Silhedînê Eyûbî) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasas kan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria.
Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasaro (eropa) dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.
Dengan kewafatan Nur Ad 'Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Wal Jamaah di Mesir.
Salahuddin Al 'Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya.
Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh DUNIA.
Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam Sahihnya. Dari Abu Sa'id Al 'Khudri Radhi 'Allahu Anhu.
Rasulullah Shalla'Allahu Alayhi wa Sallam bersabda: “Allah berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam menyahutnya: "Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan kami dan demi kebahagiaan yang Engkau curahkan kepada kami.”
Lalu baginda dipanggil lagi dengan 1 panggilan: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan keturunanmu untuk dihantar ke dalam neraka. “Adam bertanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke neraka itu?” Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap 1000, 999 orang."
Ketika dilaksanakan perintah itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti orang yang sedang hamil, gugur kandungannya, anak-anak kecil serta merta beruban dan kelihatan orang-orang seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk, (hanyalah) gambaran seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika itu).
Orang-orang (yang hadir mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga berubah pucat warna muka mereka. Lalu Nabi Shallaalahu Alayhi wa Sallam menerangkan: "Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1.
Jika kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna putih. Sesungguhnya aku mengharapkan agar kamu menempati 1/4 penghuni syurga. “Lalu kami semuanya bertakbir tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: “Menempati satu 1/3 penghuni syurga.” Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati separuh penghuni syurga.” Maka kami pun bertakbir lagi.” (Hadis riwayat Al 'Bukhari)
No comments:
Post a Comment